Khamis, 21 Januari 2010

Tahniah Syafiqah Majid!

Pada hari Khamis, 21 Jan 2010, seorang pelajar yang merupakan pengawas PSS telah dicalonkan sebagai tokoh NILAM. Beliau adalah Nursyafiqah binti Majid dari kelas 5A. Tiga orang pegawai PKG Kluang telah hadir menemui Syafiqah di perpustakaan al-Biruni hari ini. Kecemerlangan Syafiqah dalam akademik dan kokurikulum, disamping pembacaan yang banyak dalam program NILAM menjadi tunjang pemilihan ini. Semoga beliau berjaya mengharumkan nama sekolah dan dapat dicontohi oleh pelajar-pelajar yang lain. Teruskan Syafiqah...!!! Pihak PSS dan sekolah sentiasa menyokong anda dan akan membantu sehabis boleh supaya anda berjaya mencapai cita-cita. InsyaAllah...

Permohonan menjadi pengawas PSS

Permohonan untuk menjadi pengawas PSS telah dibuka pada 12 - 15 Jan lepas. Sambutan adalah amat menggalakkan terutamanya tingkatan 1. Temuduga pula telah dijalankan mengikut ketentuan berikut:

19/1 Tingkatan 1
20/1 Tingkatan 2,3,4,5

Temuduga dijalankan selepas waktu persekolahan bermula 1.50 petang dan dijalankan di PSS sekolah. Penemuduga adalah Pn Tan Sock Ting dan Pn Norhaizan Nordin. Kepada pelajar yang berjaya, nama anda akan dipaparkan di papan kenyataan PSS pada hari Isnin, 25 Jan 2010.

Sesi Persekolahan 2010 untuk PSS

Pusat Sumber Ibnu Sina telah dibuka seawal hari pertama persekolahan sesi 2010. Selamat datang kami ucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1. Taklimat PSS kepada pelajar-pelajar tingkatan1 dan 4 telah dilaksanakan oleh Pn Norhaizan bt Nordin selaku guru media pada 4hb Jan 2010. Lawatan ke PSS juga telah dijalankan pada hari kedua persekolahan iaitu 5hb Jan 2010.

Khamis, 12 November 2009

Selamat Datang ke PSS SMK Seri Lalang

Pusat Sumber Ibnu Sina, SMK Seri Lalang ditubuhkan pada 5 Januari 2004. Pusat Sumber Sekolah ini terletak di Aras Tiga Blok Nilam. Kemudahan yang disediakan ialah:

Perpustakaan Al-Biruni

  • Bilik ini menyediakan buku-buku rujukan dan pinjaman kepada guru-guru dan para pelajar.

  • Semua buku adalah menggunakan Sistem Pengkelasan Dewey yang disimpan ke dalam komputer (barcode) dan secara manual.
Makmal ICT Al-Khawarizmi


  • Makmal ICT digunakan untuk P&P berasaskan komputer seperti Literasi Komputer dan Lukisan Kejuruteraan.
Ruang Akses Kendiri Al-Battani


  • Ruangan ini digunakan oleh pelajar untuk mengakses internet dalam pencarian maklumat mengenai P&P mereka.

  • Tempat menyimpan & meminjam CD pelbagai matapelajaran.

Bilik Tayang Ibn Haitham




  • Bilik ini digunakan untuk tayangan TV Pendidikan, Filem, Slaid atau Projektor Overhead.
    Digunakan untuk kelas P&P dalam usaha mempelbagaikan teknik dan metodologi P&P.

Bilik BBM Ibn Firnas

  • Bilik ini digunakan untuk menyimpan alatan bantuan mengajar bagi pelbagai matapelajaran.

Bilik Rakaman Ibn Rusd
  • Bilik ini digunakan untuk membuat rakaman audio dan video (alatan belum disediakan).

Bilik Kerja



  • Bilik ini digunakan untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran yang berkaitan dengan PSS.

  • Tempat menyimpan dokumen PSS.

Khamis, 1 Oktober 2009

Taklimat Guru Data, GPM dan GPB

Taklimat Guru Data, GPM dan GPB berlangsung tadi di PKG Bandar. En Ismail meminta GPM cuba membina blog untuk PSS masing-masing. Ini adalah cubaan pertama saya sebagai GPM SMK Seri Lalang untuk menyahut cabarannya. Tungguu...