Khamis, 21 Januari 2010

Tahniah Syafiqah Majid!

Pada hari Khamis, 21 Jan 2010, seorang pelajar yang merupakan pengawas PSS telah dicalonkan sebagai tokoh NILAM. Beliau adalah Nursyafiqah binti Majid dari kelas 5A. Tiga orang pegawai PKG Kluang telah hadir menemui Syafiqah di perpustakaan al-Biruni hari ini. Kecemerlangan Syafiqah dalam akademik dan kokurikulum, disamping pembacaan yang banyak dalam program NILAM menjadi tunjang pemilihan ini. Semoga beliau berjaya mengharumkan nama sekolah dan dapat dicontohi oleh pelajar-pelajar yang lain. Teruskan Syafiqah...!!! Pihak PSS dan sekolah sentiasa menyokong anda dan akan membantu sehabis boleh supaya anda berjaya mencapai cita-cita. InsyaAllah...

Permohonan menjadi pengawas PSS

Permohonan untuk menjadi pengawas PSS telah dibuka pada 12 - 15 Jan lepas. Sambutan adalah amat menggalakkan terutamanya tingkatan 1. Temuduga pula telah dijalankan mengikut ketentuan berikut:

19/1 Tingkatan 1
20/1 Tingkatan 2,3,4,5

Temuduga dijalankan selepas waktu persekolahan bermula 1.50 petang dan dijalankan di PSS sekolah. Penemuduga adalah Pn Tan Sock Ting dan Pn Norhaizan Nordin. Kepada pelajar yang berjaya, nama anda akan dipaparkan di papan kenyataan PSS pada hari Isnin, 25 Jan 2010.

Sesi Persekolahan 2010 untuk PSS

Pusat Sumber Ibnu Sina telah dibuka seawal hari pertama persekolahan sesi 2010. Selamat datang kami ucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1. Taklimat PSS kepada pelajar-pelajar tingkatan1 dan 4 telah dilaksanakan oleh Pn Norhaizan bt Nordin selaku guru media pada 4hb Jan 2010. Lawatan ke PSS juga telah dijalankan pada hari kedua persekolahan iaitu 5hb Jan 2010.