Pusat Sumber Ibnu Sina, SMK Seri Lalang ditubuhkan pada 5 Januari 2004. Pusat Sumber Sekolah ini terletak di Aras Tiga Blok Nilam. Kemudahan yang disediakan ialah:
Perpustakaan Al-Biruni
- Bilik ini menyediakan buku-buku rujukan dan pinjaman kepada guru-guru dan para pelajar.
- Semua buku adalah menggunakan Sistem Pengkelasan Dewey yang disimpan ke dalam komputer (barcode) dan secara manual.
- Makmal ICT digunakan untuk P&P berasaskan komputer seperti Literasi Komputer dan Lukisan Kejuruteraan.
- Ruangan ini digunakan oleh pelajar untuk mengakses internet dalam pencarian maklumat mengenai P&P mereka.
- Tempat menyimpan & meminjam CD pelbagai matapelajaran.
Bilik Tayang Ibn Haitham
- Bilik ini digunakan untuk tayangan TV Pendidikan, Filem, Slaid atau Projektor Overhead.
Digunakan untuk kelas P&P dalam usaha mempelbagaikan teknik dan metodologi P&P.
Bilik BBM Ibn Firnas
- Bilik ini digunakan untuk menyimpan alatan bantuan mengajar bagi pelbagai matapelajaran.
Bilik Rakaman Ibn Rusd
- Bilik ini digunakan untuk membuat rakaman audio dan video (alatan belum disediakan).
Bilik Kerja
- Bilik ini digunakan untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran yang berkaitan dengan PSS.
- Tempat menyimpan dokumen PSS.